Sunday, June 3, 2012

Arrghh... Malunya Mulut Berbau!

Masalah mulut berbau sering kali melanda para gadis. Tahukah kamu apakah punca dan cara untuk mengatasinya? Kali ini REMAJA menyediakan info berkaitan masalah mulut berbau dan pertumbuhan kumis nipis. Jom baca!

Bakteria

Bakteria yang membiak di dalam mulut merupakan punca utama mulut berbau. Ia boleh hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi serta mengeluarkan bau yang kurang enak. Kebanyakan bacteria hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi, di karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan lidah.

Apa yang patut dilakukan?

Berus gigi dan gunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bacteria dan lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup.
Jangan tergesa-gesa memberus dan flos gigi kerana ia tidak akan menghilangkan semua bacteria tersebut. Ambillah masa paling kurang dua atau tiga minit untuk memberus gigi kamu.
Membersihkan lidah juga penting kerana banyak bakteria tersembunyi di rekahan lidah dan di bahagian belakang lidah.
Guna berus gigi yang lembut dan beruslah secara perlahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.
Minumlah air terutamanya air suam kerana ia mempunyai banyak khasiat.
Hormon

Semua yang terjadi pada tubuh badan kita sememangnya berkait rapat dengan hormon. Terdapat banyak jenis hormone di dalam badan dan kuantitinya berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Bagi si gadis yang mengalami masalah pertumbuhan kumis nipis di atas mulut, kamu sebenarnya mempunyai aras hormone androgen (hormon lelaki) yang lebih banyak dalam badan. Bagaimana ia boleh banyak?

Ada banyak faktor seperti faktor semula jadi, genetik, pemakanan dan penuaan. Kumis nipis yang tumbuh pada perempuan itu normal sebenarnya. Namun jika ia agar lebat, kamu boleh membuangnya menggunakan cara berikut:

Laser Hair Removal - Untuk mereka yang berkumis gelap.
Waxes / Krim - Mungkin boleh menyebabkan iritasi.
Tweezing - Untuk mereka yang tidak berapa banyak misai.
Cukuran - Tidak dicadangkan kerana ia boleh menyebabkan misai tumbuh lebih banyak.
Petua Hot!

Sediakan sebiji limau nipis dan setengah sudu gula pasir. Perahkan jus limau itu dan campurkan bersama gula pasir tadi. Kemudian sapu pada tempat bermisai sambil gosok secara perlahan. Biarkan selama satu jam dan kemudian bilas dengan air bersih. Nantikan hasilnya!

Majalah Remaja Isu 15 Mei 2012

0 comments:

 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2011 Protected | Infinite