Sunday, June 3, 2012

9 Makanan Untuk Rambut Sihat

Merawat dan menjaga rambut agar tetap cantik tidak hanya dengan rajin bersyampu dan ke salun semata-mata. Untuk mendapatkan rambut yang sihat dan indah, perlu juga dilihat pada makanan yang diambil setiap hari. Ini kerana setiap sel rambut yang tumbuh bergantung pada nutrisi yang dimakan.Sekiranya makanan yang dimakan tidak cukup nutrisi, maka sel-sel rambut juga akan turut rosak. Jadi tunggu apa lagi! Jom semak bagaimana ingin memiliki rambut sihat dan cantik dengan pemakanan.

1)Ikan salmon
Kandungan omega-3, vitamin B-12 dan zat besi yang terkandung dalam ikan Salmon sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan zat-zat tersebut boleh membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering sehingga nampak seperti botak.

2)Sayur-sayuran berwarna hijau tua
Bayam, brokoli dan lobak Swiss ialah sumber terbaik untuk vitamin A, C,zat besi dan kalsium. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut. Ia berfungsi sebagai pelembap rambut secara semula jadi.

3)Buah segar
Tembikai, pisang, limau, epal dan buahbuahan yang lain dapat memberikan tubuh sejumlah nutrisi penting yang baik untuk mengurangkan keguguran rambut.

4)Kacang buncis
Ia bukan hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut tetapi juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan biotin.Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak.

5)Kekacang
Bagi mendapatkan rambut yang cantik berkilau, makanlah banyak kekacang.Badam misalnya asam lemak omega-3 yang boleh membantu melembapkan rambut. Kekacang lain seperti cashew, pecans dan badam merupakan sumber zink yang baik. Kekurangan zink boleh menyebabkan rambut mudah gugur.

6)Telur
Telur merupakan antara sumber protein yang baik untuk mendapatkan rambut yang sihat.Kekurangan atau rendahnya kualiti protein pada tubuh boleh menyebabkan rambut tidak kuat dan warna rambut menjadi pudar.

7)Bijirin
Roti gandum dan bijirin merupakan sarapan pagi yang sangat baik untuk mendapatkan rambut yang sihat. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink, zat besi dan vitamin B.

8)Produk susu yang rendah lemak
Produk susu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambut.

9)Makanan laut
Kandungan zink dalam makanan laut seperti kerang, udang dan tiram boleh membantu mencegah rambut gugur dan memperkuatkan akar rambut. Ia juga membantu membina sel-sel badan untuk menjaga hormon dalam penyerapan vitamin yang baik untuk pertumbuhan rambut.

Cantik Dengan Kurma

Buah kurma bukan sahaja sedap dimakan malah mempunyai banyak manfaat lain dan salah satunya adalah untuk kecantikan kulit.Kandungan vitamin b6 dan protein yang terdapat dalam buah kurma ternyata mampu mencegah dermatitis (jangkitan pada kulit) dan membuatkan warna kulit menjadi segar serta tidak pucat.Caranya cukup mudah iaitu dengan mencampurkan buah kurma, buah kranberi dan jus aprikot maka akan menghasilkan suatu ramuan untuk perawatan kulit yang mengandungi vitamin c, a, b6 dan protein. kesemua bahan ini sangat berguna untuk membersih, melembut dan menjaga keanjalan kulit.


Bahan-bahannya:
• 8 biji buah kurma
• 1/2 auns buah kranberi beku
• 1/2 cawan jus aprikot
• 1/2 sudu teh oat

Cara Membuatnya:
1. Masukkan buah-buahan tersebut ke dalam pengisar dan hancurkan hingga halus.
2. Seterusnya, basahkan tubuh kamu dengan air suam lalu lumur dan gosok tubuh kamu dengan campuran kurma serta aprikot tadi.
3. Sapu dengan lembut dan perlahan-lahan. kemudian basahi tubuh dengan air suam lalu mandilah seperti biasa dengan air sejuk.
4. Setelah itu, jangan lupa menggunakan losen setelah selesai mandi agar kulit menjadi bersih, mulus dan tetap terjaga kelembapannya.

Selamat Mencuba!

Rahsia Cantik Dengan Coklat!

Coklat bukan sahaja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan.Bukan itu sahaja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan.Namun satu manfaat yang mungkin ramai gadis suka ialah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri.

Antaranya:

1)Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.
2)Kulit sentiasa lembap dan segar.
3)Menegang dan menghaluskan kulit.
4)Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5)Mencegah kedutan pada wajah.


Andai kamu ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana menggunakan coklat sebagai rutin menjaga kecantikan seharian kamu,jom baca!


Pelembut Kulit

Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja,ia ternyata bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana ia ialah pelembap semula jadi yang luar biasa hingga menjadikan kulit kamu sentiasa lembut.


Melambatkan Kedutan
Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.Bukan itu sahaja, kandungan catechin merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan,melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.


Mengurangkan Parut
Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung dalam coklat mempunyai keupayaan untuk mengurangkan garis-garis halus,mengurangkan bekas parut dan stretch mark.

10 Makanan Agar Kulit Mulus

Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang kamu gunakan. Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil dari prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya kamu perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan? Berikut adalah 10 makanan yang boleh membantu kamu mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan.

1. Salad

Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato

Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

3. Strawberi

Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

4. Epal

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya

Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.

6. Telur

Lutein dan zeaxanthin, dua zat yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu, makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

Arrghh... Malunya Mulut Berbau!

Masalah mulut berbau sering kali melanda para gadis. Tahukah kamu apakah punca dan cara untuk mengatasinya? Kali ini REMAJA menyediakan info berkaitan masalah mulut berbau dan pertumbuhan kumis nipis. Jom baca!

Bakteria

Bakteria yang membiak di dalam mulut merupakan punca utama mulut berbau. Ia boleh hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi serta mengeluarkan bau yang kurang enak. Kebanyakan bacteria hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi, di karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan lidah.

Apa yang patut dilakukan?

Berus gigi dan gunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bacteria dan lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup.
Jangan tergesa-gesa memberus dan flos gigi kerana ia tidak akan menghilangkan semua bacteria tersebut. Ambillah masa paling kurang dua atau tiga minit untuk memberus gigi kamu.
Membersihkan lidah juga penting kerana banyak bakteria tersembunyi di rekahan lidah dan di bahagian belakang lidah.
Guna berus gigi yang lembut dan beruslah secara perlahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.
Minumlah air terutamanya air suam kerana ia mempunyai banyak khasiat.
Hormon

Semua yang terjadi pada tubuh badan kita sememangnya berkait rapat dengan hormon. Terdapat banyak jenis hormone di dalam badan dan kuantitinya berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Bagi si gadis yang mengalami masalah pertumbuhan kumis nipis di atas mulut, kamu sebenarnya mempunyai aras hormone androgen (hormon lelaki) yang lebih banyak dalam badan. Bagaimana ia boleh banyak?

Ada banyak faktor seperti faktor semula jadi, genetik, pemakanan dan penuaan. Kumis nipis yang tumbuh pada perempuan itu normal sebenarnya. Namun jika ia agar lebat, kamu boleh membuangnya menggunakan cara berikut:

Laser Hair Removal - Untuk mereka yang berkumis gelap.
Waxes / Krim - Mungkin boleh menyebabkan iritasi.
Tweezing - Untuk mereka yang tidak berapa banyak misai.
Cukuran - Tidak dicadangkan kerana ia boleh menyebabkan misai tumbuh lebih banyak.
Petua Hot!

Sediakan sebiji limau nipis dan setengah sudu gula pasir. Perahkan jus limau itu dan campurkan bersama gula pasir tadi. Kemudian sapu pada tempat bermisai sambil gosok secara perlahan. Biarkan selama satu jam dan kemudian bilas dengan air bersih. Nantikan hasilnya!

Majalah Remaja Isu 15 Mei 2012

Bencinya Kakiku Berparut dan Bersisik!

Kaki merupakan anggota badan yang paling penting untuk dipelihara. Sekiranya kaki Tidak dijaga dengan baik, ia akan menimbulkan pelbagai masalah antaranya kaki berparut, bersisik, berbau dan sebagainya. Secara tidak langsung, ia akan mencacatkan penampilan dan membuatkan kamu berasa rendah diri. Jom ubah penampilan dan atasi kulit berparut

Kenapa wujudnya parut?

Garu Akibat Gatal - Satu tabiat yang sukar ditangkis ialah suka menggaru. Setiap kali rasa gatal, pasti kamu akan menggarunya hingga menimbulkan bintik-bintik merah. Bintik kemerahan itulah yang menyebabkan timbulnya luka dan akhirnya memberikan kesan parut kepada kulit.
Kemalangan Jalan Raya - Parut juga boleh berlaku kesan daripada kemalangan jalan raya. Sekiranya kamu mengalami luka yang terlalu teruk, ia akan menyebabkan parut mudah kelihatan pada permukaan kulit.
Mengutil Kuping Luka - Mengutil bahagian kuping luka yang terdapat pada permukaan kulit juga boleh menimbulkan parut. Ini sekali gus akan mencacatkan penampilan kamu.
Rawatan mengatasi parut

Rawatan Laser: Menghilangkan parut hipertrofi dan keloids.
Radioterapi: Mencegah daripada pengulangan parut keloid.
Steroid: Melembut dan membantu meredakan parut.
Vitamin: Pengambilan vitamin E merupakan sebahagian daripada rawatan mengurangkan kesan parut.
Surgeri: Membuang parut dan mengembalikan kulit kepada asal.Umumnya ia ditandai dengan tompokan kasar, mengelupas, sensitif dan kemerahan. Sekiranya kulit kamu bersisik, ini bermakna ia tidak mampu lagi menjadi pelindung yang baik. Kondisi kulit seperti ini berlaku akibat daripada kehilangan lapisan kulit luar yang sangat tinggi.
Punca kulit bersisik

Kekurangan air dalam badan.
Penggunaan sabun dan losen yang tidak bersesuaian.
Keadaan cuaca yang sejuk membolehkan keadaan kulit berubah menjadi kering dan bersisik.
Pengelupasan kulit yang terlalu kerap membolehkan kulit bersisik.
Rawatan mengatasi kulit bersisik

Penggunaan skrub - Kamu hanya perlu membasahkan kulit dengan air, kemudian ambil skrub dan gosokkan permukaan kulit yang bersisik. Cara ini membolehkan kamu membuang sel-sel kulit mati malah melembutkan kulit.
Menggunakan pelembap kulit - Pakailah pelembap kulit yang bersesuaian. Sedikit sebanyak ia mampu melembapkan kulit kamu.
Menggunakan vitamin E - Ia penting bertujuan untuk memulihkan masalah kulit bersisik. Sifat antioksida yang dimilikinya mampu mencegah kerosakan pada sel-sel kulit yang telah mati.
Air Kosong - Pengambilan air kosong secara kerap sangat diperlukan oleh tubuh. Sebaiknya minumlah enam hingga lapan gelas air kosong dalam sehari..

3 Pilihan Selain Concealer

Concealer adalah krim yang warnanya sama dengan kulit, yang disapukan di atas jerawat atau noda pada wajah untuk membantu menyembunyikannya. Namun, concealer sebenarnya boleh menyebabkan kamu mengalami masalah kerana terjadinya penyumbatan pada pori-pori. Berikut adalah tiga alternatif yang boleh digunakan sebagai pengganti concealer:

1. Krim Sulfur

Krim Sulfur merupakan krim yang berwarna kuning muda dan digunakan untuk menutupi jerawat mahupun noda pada wajah. Krim ini tidak seperti concealer yang sama warna dengan kulit kamu. Sebaliknya, warna krim sulfur berfungsi untuk menyamarkan warna kemerahan pada jerawat. Bukan itu sahaja, krim sulfur juga boleh berfungsi untuk mengeringkan jerawat sehingga mempercepatkan penyembuhan.

2. Bedak Asas (Foundation)

Salah satu penyebab munculnya jerawat adalah bakteria atau peluh yang menempel pada wajah dan diserap oleh kulit wajah. Setelah membersihkan wajah dan menghilangkan masalah pori-pori yang tersumbat, memakai bedak asas yang sesuai dengan warna kulit wajah akan menutupi noda tersebut. Bedak asas mungkin hanya menutup tipis jerawat tetapi cukup untuk menyamarkannya.

3. Tinted Moisturizer

Tinted moisturizer selain berfungsi menutupi noda pada wajah, juga memperbaiki struktur kulit dan membuatkan kulit wajah menjadi segar serta halus. Berbeza dengan pelembap biasa yang bersatu dengan warna kulit, tinted mosturizer memiliki beberapa pilihan warna berbeza yang boleh disesuaikan dengan kulit kamu.

 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2011 Protected | Infinite