Sunday, June 3, 2012

Bencinya Kakiku Berparut dan Bersisik!

Kaki merupakan anggota badan yang paling penting untuk dipelihara. Sekiranya kaki Tidak dijaga dengan baik, ia akan menimbulkan pelbagai masalah antaranya kaki berparut, bersisik, berbau dan sebagainya. Secara tidak langsung, ia akan mencacatkan penampilan dan membuatkan kamu berasa rendah diri. Jom ubah penampilan dan atasi kulit berparut

Kenapa wujudnya parut?

Garu Akibat Gatal - Satu tabiat yang sukar ditangkis ialah suka menggaru. Setiap kali rasa gatal, pasti kamu akan menggarunya hingga menimbulkan bintik-bintik merah. Bintik kemerahan itulah yang menyebabkan timbulnya luka dan akhirnya memberikan kesan parut kepada kulit.
Kemalangan Jalan Raya - Parut juga boleh berlaku kesan daripada kemalangan jalan raya. Sekiranya kamu mengalami luka yang terlalu teruk, ia akan menyebabkan parut mudah kelihatan pada permukaan kulit.
Mengutil Kuping Luka - Mengutil bahagian kuping luka yang terdapat pada permukaan kulit juga boleh menimbulkan parut. Ini sekali gus akan mencacatkan penampilan kamu.
Rawatan mengatasi parut

Rawatan Laser: Menghilangkan parut hipertrofi dan keloids.
Radioterapi: Mencegah daripada pengulangan parut keloid.
Steroid: Melembut dan membantu meredakan parut.
Vitamin: Pengambilan vitamin E merupakan sebahagian daripada rawatan mengurangkan kesan parut.
Surgeri: Membuang parut dan mengembalikan kulit kepada asal.Umumnya ia ditandai dengan tompokan kasar, mengelupas, sensitif dan kemerahan. Sekiranya kulit kamu bersisik, ini bermakna ia tidak mampu lagi menjadi pelindung yang baik. Kondisi kulit seperti ini berlaku akibat daripada kehilangan lapisan kulit luar yang sangat tinggi.
Punca kulit bersisik

Kekurangan air dalam badan.
Penggunaan sabun dan losen yang tidak bersesuaian.
Keadaan cuaca yang sejuk membolehkan keadaan kulit berubah menjadi kering dan bersisik.
Pengelupasan kulit yang terlalu kerap membolehkan kulit bersisik.
Rawatan mengatasi kulit bersisik

Penggunaan skrub - Kamu hanya perlu membasahkan kulit dengan air, kemudian ambil skrub dan gosokkan permukaan kulit yang bersisik. Cara ini membolehkan kamu membuang sel-sel kulit mati malah melembutkan kulit.
Menggunakan pelembap kulit - Pakailah pelembap kulit yang bersesuaian. Sedikit sebanyak ia mampu melembapkan kulit kamu.
Menggunakan vitamin E - Ia penting bertujuan untuk memulihkan masalah kulit bersisik. Sifat antioksida yang dimilikinya mampu mencegah kerosakan pada sel-sel kulit yang telah mati.
Air Kosong - Pengambilan air kosong secara kerap sangat diperlukan oleh tubuh. Sebaiknya minumlah enam hingga lapan gelas air kosong dalam sehari..

0 comments:

 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2011 Protected | Infinite